Wednesday, September 19, 2012

TASKA

Assalamualaikum. salam sayang buat semua yang gemar membaca. saya bukan seorang blogger yang aktif dan ini merupakan satu permulaan penulisan saya. saya suka bercerita. saya suka mengarang. tapi itu semua merupakan kesukaan saya dan bukanlah kelebihan saya. maaf jika cerita saya ini banyak kesalahannya. sekadar untuk berkongsi bersama. 

siapa pernah bekerja di taska !! taska yang penuh dengan kanak-kanak. riuh rendah dengan tangisan dan gelak ketawa anak-anak di taska. sangat-sangat menyeronokkan ! rasanya tak dapat digambarkan keseronokkan itu. saya bukan lah seorang ibu. saya hanyalah seorang remaja biasa yang inginkan kebebasan seperti remaja-remaja lain. tetapi bila  berada di taska bersama baby-baby yang comel. arghhhh rasa macam nak kahwin jehh ! boleh tak kalau budak yang berusia 20 tahun nihh, yang masih bejar degree engineering nihh, yang masih tak tau nak masak nihh, yang masih harapkan ibu bapanya dalam semua benda nihh, boleh ke kalau nak kahwin ?? hmmmmm. nak memang nak tapi bila fikirkan semua tanggungjawab tuhh. rasanya tak mampu lagi kot huhu. tapiiii.... bila fikir budak-budak taska yang sangat-sangat comel tuhh huhu entah lahh. tak boleh rasanya kalau terdengar ada budak menagis. rasa macam nak datang pujuk dan peluk-peluk jehh budak tuhh. semua saudara-mara cakap 

" ika ! ika memang ada aura budak-budak lahh. semua budak pergi dekat ika !!"

HAHAH sampai macam tuh sekali. kadang-kadang pelik jugak. pernah mintak dekat mak nak adik lagi tapi sian mak. mak dah tua. huhuh. maknanya memang kena tunggu anak sendiri lah nihh. takpelah. diri ini sedang untuk perbaiki diri kearah yang lebih baik. untuk menjadi ibu dan isteri yang baik. INSYAALLAH. semoga ALLAH permudah semuanya. yakin lahh bahawa ALLAH maha perancang yang baik. DIA telah sediakan dan rancang semua dengan baik. insyaAllah baik buruk semua ada hikmahnya. cuma satu jehh. YAKINLAH PADA DIA, ALLAH YANG SATU....

nak tak tengok gambar budak-budak ?? budak-budak comel lahh. saya tak comel heheh


ini aryan dengan ismail. baru mula-mula bertatih untuk berjalan.  





gambar 'saya' yang dilukis budak-budak


masa hari raya



ok dah yehh.
senyum selalu !